Sudah banyak pembeli tertipu, tetapi semakin banyak penjual yang berani menjual storan dan kad memori palsu, kerana pembeli memang sukakan barang murah dan perkataan ‘SALE‘. Kad memori murah terlampau memang sangat laris terutamanya apabila ada Flash Sale atau Shocking Sale di platform beli belah terkenal di Malaysia.

Dalam satu serbuan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya merampas 1744 unit kad memori dari 1 peniaga di sebuah pusat beli belah di Bayan Baru, Pulau Pinang. Jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM26,000.

Serbuan tersebut turut disertai seorang wakil syarikat jenama kad memori tersebut untuk membantu pengecaman produk palsu.

Dibawah seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011, jika disabitkan kesalahan sesebuah syarikat, untuk setiap barang palsu,  boleh didenda sehingga RM15,000 manakala individu boleh didenda sehingga RM10,000.

sumber: thestar

 

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek