Pengasas aplikasi permesejan Telegram, Pavel Durov, mengatakan yang Telegram sudah berkembang sehingga kesatu tahap di mana ia memerlukan sumber pendapatan atau dana untuk terus beroperasi. Dengan 500 juta pengguna aktif pada masa ini, ratusan juta dolar diperlukan untuk beroperasi.

Berkata di channel rasmi beliau, ada 2 cara yang boleh dipilih, menjual “Telegram” atau mencari wang untuk membayar kos operasi. P

ihak Telegram memilih untuk teruskan operasi dengan mencari dana, antaranya penawaran beberapa fungsi premium berbayar dan juga pengiklanan. Fungsi premium difokuskan untuk pengguna yang melibatkan perniagaan dan ‘power user’.

Durov juga menegaskan yang Telegram akan terus kekal PERCUMA (Gratis) kepada semua pengguna.

Tiada bayaran wajib yang dikenakan untuk terus menggunakan Telegram.

Apabila Telegram sudah mula menjana pendapatan, komuniti pengguna Telegram juga akan mendapat manfaat seperti, channel besar yang dipaparkan iklan akan menerima trafik percuma berdasarkan saiz channel tersebut.

Jika sticker premium digunakan, pereka sticker itu juga menerima sebahagian keuntungan.

Durov juga berkata yang Telegram akan terus berinovasi dan berkembang di masa depan, dan bersedia untuk menerima lebih ramai pengguna.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek