Portal teknologi tempatan, Amanz.my hari ini gagal diakses untuk seketika kerana kegagalan akses pengakalan data. Ketika artikel ini ditulis, laman utama sudah boleh dipaparkan tetapi kandungannya kosong tanpa sebarang artikel.

Error establishing a database connection

Setakat ini tiada sebarang makluman di laman Twitter atau Facebook rasmi Amanz tentang punca masalah tersebut.

Antara punca biasa yang mungkin dihadapi oleh laman-laman web yang mengakibatkan kegagalan akses ialah trafik yang tinggi, serangan Ddos, migrasi / naik taraf server atau mungkin juga kegagalan kemaskini script atau pemalam laman web.

Kemaskini: Portal Amanz sudah pulih dan kembali boleh diakses serpeti biasa.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek