Android bakal menerima 2 fungsi baru yang sangat menarik. Kedua-duanya melibatkan perkataan “instant” yang bakal memudahkan lagi penggunaan telefon Android anda.

1. Instant Thetering

Fungsi thetering sudah lama wujud pada Android. Dengannya, pengguna mudah kongsikan sambungan internet kepada telefon atau peralatan lain seperti komputer peribadi. Menggunakannya juga hanya memerlukan langkah mudah.

Instant Thetering meringkaskan dan menambahbaik lagi fungsi yang sedia ada.

Dengan Instant Thetering, apabila telefon A anda berada berdekatan dengan telefon B yang memiliki sambungan internet, satu popup notifikasi akan muncul bertanya jika anda ingin gunakan thetering daripada telefon B. Jika anda bersetuju sambungan terus berlaku tanpa anda perlu mnyentuh telefon B.

Apabila anda sudah tidak lagi gunakan internet, fungsi thetering akan ditutup secara automatik jadi ia tidak terus membazirkan bateri telefon A dan B.

Kedua-dua telefon perlukan Bluetooth untuk berkomunikasi dan menggunakan akaun Google yang sama. Pada masa ini, Instant Thetering ditawarkan kepada model Pixel dan Nexus sahaja.

Kredit : computerworld

2. Instant Apps

Dengan fungsi Instant Apps, pengguna boleh menggunakan sesuatu aplikasi tanpa memasangnya ke telefon. Hanya gunakan aplikasi tersebut, tutup. Tiada apa yang disimpan di dalam telefon.

Kredit : computerworld
Kredit : computerworld

Contohnya anda buat carian baju di Google Chrome melalui telefon, keputusan carian menunjukkan baju yang anda suka ada di dalam aplikasi Lazada, Shopee dan sebagainya. Anda hanya sentuh produk tersebut, aplikasi seperti Lazada akan dilancarkan tanpa pemasangan, anda beli dan bayar, selesai terus tutup. Aplikasi Lazada tidak perlu pun dipasang ke telefon anda.

Di atas hanya contoh, Lazada dan Shopee belum mengumumkan sokongan Instant Apps pada masa artikel ini ditulis. Buat masa ini belum banyak aplikasi yang menyokong fungsi Instant Apps.

Google sedang melancarkan fungsi ini ke telefon/tablet android. Anda boleh semak jika telefon anda sudah terima kemaskini ini di “Google Settings”.

Sumber : computerworld

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By Husnil Khatimi

Minat sendiri. Byting Bytes Bit By Bit.