Pelajar Tingkatan 1, Muhammad Akmal Hazim Hafizul Rasydan yang sedang menuntut di Maktab Rendah Sains MARA Bentong, Pahang telah diperkenalkan kepada bidang pengaturcaraan oleh bapanya Hafizul Rasydan Yaacob melalui pembinaan pelayan hos permainan atas talian yang diminatinya sendiri.

Sejak dari itu, minatnya terhadap pengaturcaraan dan teknologi semakin bertambah dan mula meneroka dan mencuba pelbagai ilmu dan teknologi baru.

Muhammad Akmal Hazim mencuri perhatian ramai ketika membentangkan projek beliau yang dinamakan BenchPoint.io di acara JomLaunch di mana ramai pembangun perisian dan pakar teknologi tempatan membentangkan projek masing-masing.

Kemahiran dan pengetahuan luas dalam bidang teknologi yang ditunjukkan beliau di usia muda sangat mengagumkan dan memberi inspirasi kepada orang ramai. Dengan pengenalan pelbagai mata-pelajaran berkaitan tekonologi maklumat di sekolah, diharapkan Malaysia dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir seperti ini, memandangkan bidang ini sedang berkembang pesat di seluruh dunia.

 

Ringkasan projek yang dibentangkan :

BenchPoint.io ialah project untuk membuat benchmark kelajuan Internet anda di data center, rumah, mahupun Telco provider secara ‘scheduled’ ataupun ‘adhoc’ yang mana report dari benchmark tersebut akan memastikan pengguna sentiasa mendapat kelajuan yang ditawarkan oleh ‘service provider’.

Sumber video dan artikel.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek