Pada awal minggu ini, beberapa laman web dan perkhidmatan atas talian terganggu akibat masalah terhadap salah satu storan cloud nombor satu dunia, Amazon S3. Ia adalah sebahagian daripada perkhidmatan ditawarkan oleh Amazon Web Services (AWS).

Selepas siasatan dilakukan, pihak Amazon mendedahkan punca masalah tersebut. Typo.

Pada pagi Selasa, pasukan S3 sedang menganalisa sistem bil, mereka perlu hentikan beberapa pelayan. Kerana arahan yang dimasukkan jurutera S3 tidak tepat, sejumlah besar pelayan yang tidak sepatutnya dihentikan, dihentikan serentak.

Lebih teruk lagi, pelayan tersebut diperlukan untuk menyokong sistem S3 yang lain seperti maklumat lokasi data-data. Perkhidmatan lain seperti Elastic Compute Cloud (EC2) juga terkesan dengan masalah ini.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By Husnil Khatimi

Minat sendiri. Byting Bytes Bit By Bit.