VPN, singkatan kepada Virtual Private Network, ialah beberapa rangkaian komputer dan rangkaian persendirian (private network) dihubungkan melalui rangkaian awam (public network) atau internet. Ia menjadikan komputer jarak jauh yang mengakses rangkaian tertentu seperti berada ditempat yang sama dengan rangkaian tesebut, dan sambungan tersebut disulitkan.

Sebagai contoh, rangkaian dalaman (intranet) di sebuah pejabat boleh diakses oleh seorang pekerja sejara jarak jauh menggunakan VPN. Ia membenarkan individu tersebut mengakses komputer, server dan peralatan lain seperti dia berada di pejabat tersebut. Dan sambungan tersebut selamat kerana disulitkan (encrypted).

VPN membina sambungan point-to-point di antara komputer/server pertama dan kedua melalui sambungan khas terowong maya yang dipanggil tunneling protocols atau secara penyulitan trafik (traffic encryption).

Kerana penyulitan ini, aktiviti pengguna VPN tersembunyi daripada pemantauan penggodam, penyedia servis internet (ISP) seperti Telekom Malaysia, mahupun kerajaan sesebuah negara.

kredit:vpnradar

Dengan VPN juga lokasi seseorang boleh disembunyikan. Jika anda menggunakan pelayan VPN yang berada di Rusia, lokasi anda di atas talian akan menunjukkan anda berada di Rusia. Jika sekarang anda tidak menggunakan VPN, lokasi anda mudah diketahui. Lihat bagaimana lokasi anda boleh didedahkan di sini.

Contoh penggunaan VPN di bawah mungkin membantu anda untuk lebih faham fungsi dan kelebihan VPN.

Kenapa Gunakan VPN?

1. Melepasi halangan akses kawasan (geo-restriction) dan Firewall.

Beberapa laman web dihalang daripada diakses di Malaysia. Anda gunakan pelayan VPN berada di UK contohnya, apabila anda mengakses laman web tersebut, ia seperti orang di UK yang akses, jadi halangan tersebut tidak berkesan kepada anda.

Sama juga jika sesetengah laman web yang tidak dibenarkan akses daripada negara lain. Seperti dahulu Netflix tidak boleh di akses di Malaysia. Jadi ramai yang menggunakan pelayan VPN yang berada di US, laman Netflix anggap pengguna tersebut berasal dari US, jadi akses dibenarkan dengan kandungan Netflix juga mengikut spesifikasi untuk penduduk US. Menarik bukan ? 🙂

2. Privasi

kredit:vpnfreedom

Sesetengah individu memilih untuk menyembunyikan lokasi semasa melayari internet atau menggunakan perisian/permainan yang bersambung dengan internet. Ini mungkin kerana mahu mengelak dikesan pihak pengurusan pejabat atau kolej/universiti. Juga mungkin individu yang melayari laman web sensitif, atau melakukan aktiviti tidak sah seperti muat-turun bahan langgar hakcipta (movie, perisian dan sebagainya).

3. Keselamatan semasa menggunakan internet awam

Apabila anda menggunakan internet awam seperti di restoran, McD, kedai mamak, hotel, pusat membeli belah dan sebagainya, anda terdedah kepada kecurian data. Ini kerana sambungan Wifi boleh dipintas datanya oleh sesiapa saja dengan sedikit kemahiran teknikal. Dengan VPN, sambungan tersebut disulitkan, jadi sesiapa yang cuba memintas hanya mendapat data yang rosak dan tidak berguna.

Jika anda berminat untuk melihat betapa mudahnya mencuri data di rangkaian internet awam, sila tonton video ini.

4. Mengelak perangkap Wifi percuma

Kebiasaannya, perkhidmatan internet Wifi percuma mesti menarik perhatian orang ramai. Jika berada di kawasan mempunyai akses tersebut, atau ada Wifi milik orang lain tanpa kata laluan juga akan digunakan, mesti Wifi percuma menjadi pilihan dan plan data internet di tutup. Betul, menjimatkan data internet anda.

Tetapi anda juga mendedahkan diri kepada penggodam dan kecurian data. Ada sesetengah penggodam sengaja meletakkan Wifi tanpa kata laluan malah sengaja menggunakan nama restoran, hotel dan sebagainya untuk menjerat orang ramai menggunakan Wifi miliknya. Kerana dia mempunyai akses terus kepada router/rangkaian Wifi tersebut, lebih mudah untuknya mencuri data orang ramai.

Di sini, VPN juga mampu mengelakkan data daripada dicuri penggodam. Jika cubaan akses kepada terowong VPN berlaku, data tersebut tidak dapat dibaca, VPN akan terputus atau membina terowong lain.

Jika boleh, lebih baik elakkan gunakan Wifi awam atau yang mencurigakan 🙂

5. Akses rangkaian pejabat/rumah walaupun berada diluar

kredit : microsoft

Untuk mengakses data daripada komputer, pelayan, menggunakan pencetak, dan peralatan lain secara jarak jauh (remote), akan lebih selamat dengan VPN. Sambungan VPN tersebut khas untuk kegunaan anda sahaja. Pihak luar tidak boleh mencuri akses.

6. Sambungan beberapa rangkaian menjadi satu

kredit : microsoft

Jika sebuah syarikat ABC beroperasi di Kuala Lumpur, mempunyai cawangan di Singapura, kedua-dua rangkaian dalaman pejabat tersebut boleh dihubungkan. Rangkaian intranet pejabat Kuala Lumpur disambungkan ke intranet pejabat Singapura, jadi semua pekerja boleh akses data, fail, pelayan dan maklumat lain sesama sendiri secara selamat.

 

Kekurangn VPN

  1. Perlukan sedikit pemahaman dan kemahiran teknikal untuk bermula dan berjaya menggunakannya.
  2. Prestasi capaian internet anda mungkin akan menurun sedikit disebabkan penyulitan dan laluan data yang melalui beberapa lokasi jarak jauh.
  3. Sambungan juga mungkin kurang stabil bergantung kepada sambungan, pelayan dan penyedia perkhidmatan VPN.
  4. Kos. Hampir semua perkhidmatan VPN memerlukan bayaran untuk sambungan yang stabil, dan tanpa had.
  5. Lokasi palsu. Fungsi keselamatan akaun seperti Google/Gmail dan Facebook menggunakan juga lokasi dan alamat IP untuk tentukan identiti anda. Jadi dengan menggunakan VPN, Google dan Facebook mungkin akan keliru menyangka akaun anda digodam individu daripada negara lain, lalu meminta pengesahan anda.
  6. Identiti dan privasi. Dengan menggunakan perkhidmatan VPN, anda memberi kepercayaan sepenuhnya dan bersetuju dengan peraturan daripada penyedia perkhidmatan tersebut untuk menguruskan sambungan dan pindahan data. Pihak perkhidmatan seperti ini juga terikat dengan undang-undang. Jika disyaki ada aktiviti yang mencurigakan, pihak berkuasa boleh meminta pihak penyedia VPN untuk dedahkan identiti/lokasi anda seperti yang berlaku kepada HideMyAss vs Lulzsec pada 2011.

 

Cara Menggunakan VPN?

Cara menggunakan VPN semakin mudah. Dengan menggunakan perkhidmatan VPN yang sedia ada, kebanyakkannya anda hanya perlu lakukan beberapa langkah mudah:

  1. Daftar akaun dengan perkhidmatan tersebut (pilih pakej percuma atau berbayar jika perlu)
  2. Muat-turun dan pasang perisian client untuk perkhimatan VPN tersebut.
  3. Log masuk di perisian client dan Connect. Komputer anda sudah sedia gunakan sambungan VPN.

Anda boleh gunakan beberapa servis VPN yang sedia ada seperti:

Selamat mencuba.

Baca lagi:

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By Husnil Khatimi

Minat sendiri. Byting Bytes Bit By Bit.