Salah seorang jurutera kamera untuk telefon Google Pixel menggunakan nama IsaacOnCamera di forum, ‘mengumumkan’ yang Pixel akan menyokong mikrofon luaran tidak lama lagi.

Seperti seorang perakam video profesional, pengguna Pixel akan boleh merakam audio melalui mikrofon pilihan terus dari aplikasi kamera Pixel tanpa perlu bergantung kepad aplikasi tambahan. Sokongan ini akan dilancarkan pada hari yang sama dengan pelancaran Pixel 3 iaitu 18 Oktober ini.

IsaacOnCamera:
Hi, folks -- Isaac here from the Pixel Camera engineering team. I have been keeping an eye on this thread since the beginning and have good news. At the same time as Pixel 3 launch (October 18th), we will introduce support for Android-compatible plugged-in external microphones in the default camera app for all Pixels. I hope you all enjoy the update.
sumber: productforums.google.com

Berita baik ini bukan sahaja untuk pemilik Pixel 3, sokongan mikrofon luaran ini akan diterima juga oleh semua barisan produk Pixel.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek