Produk keluaran Apple seperti iPhone dan iPad bakal dilengkapi dengan teknologi Augmented Reality yang lebih canggih di masa hadapan. Ini dapat dilihat dengan pengambil-alihan syarikat baru oleh Apple.

Spektral sebuah syarikat daripada Denmark yang memiliki kepakaran dalam teknologi pembelajaran mesin (machine learning) dan pengaplikasiannya dalam membuang latar belakang video secara masa nyata.

Dengan penggunaan teknik “spectral graph theory” mereka boleh membuang latar belakang dalam video, umpama penggunaan skrin hijau (green screen). Bayangkan seperti anda merakam video rakan sedang berenang, tetapi boleh tukarkan latar kolam menjadi lava gunung berapi. Boleh juga dibuat secara live. Sumber: engadget

iOS dimasa depan bakal menerima naik-taraf dengan teknologi ini. Belum tahu bila. Ia mungkin menjadi selling point terbaru untuk model akan datang ?.

Cuba aplikasi untuk iOSĀ CloudCutout, keluaran Spektral untuk membuang latar belakang gambar. Teknologi sama digunakan untuk video yang menarik perhatian Apple.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek