Khas untuk pelajar dan juga orang yang bekerja di dalam bidang pendidikan, Apple menawarkan pakej terbaru mengandungi 5 aplikasi versi Pro dengan harga $199.99 (~RM880).

Di antaranya, termasuk 2 aplikasi versi Pro yang penting daripada Apple iaitu Final Cut Pro X dan Logic Pro X. Aplikasi lain yang termasuk dalam pakej ini ialah Motion 5, Compressor 4 dan MainStage 3.

Jika dibeli dengan harga asal semasa, harga aplikasi ini adalah jauh lebih mahal. Contohnya Final Cut – $299 dan Logic – $199. Jadi jika anda terlibat dalam bidang pendidikan dan berminat untuk memiliki aplikasi yang disebutkan, lebih baik anda membeli secara pakej ini.

Sumber : TechCrunch

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By Husnil Khatimi

Minat sendiri. Byting Bytes Bit By Bit.