BlueStacks ialah satu perisian yang sangat terkenal untuk menjalankan sistem operasi Android di dalam komputer, membuka medium untuk aplikasi dan permainan Android dijalankan menggunakan komputer. Manakala MSI pula ialah sebuah syarikat besar dalam menghasilkan komponen dan set komputer, laptop dan banyak lagi.

Terkini, pembangun perisian Bluestacks dan MSI bakal bekerjasama untuk mengintegrasikan Bluestacks terus ke dalam model terpilih komputer keluaran MSI. Mobile gaming akan menjadi lebih berkuasa dengan integrasi ini.

Kerjasama ini diumumkan serentak dengan pelancaran versi terkini, BlueStacks 4. Versi terbaru yang dikuasakan Android Nougat menerima pelbagai kemaskini antaranya, antaramuka yang lebih ringkas dan mampu menjalankan beberapa sistem Android serentak.

BlueStacks 4 boleh dimuat-turun untuk macOS and Windows di laman web: bluestacks.com

sumber artikel

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek