Keberkesanan bantuan orang awam untuk membantu mengesan penjenayah tidak dapat dinafikan. Pelbagai cara digunakan untuk melibatkan orang ramai dalam menangkap individu dikehendaki seperti mengedar poster gambar/lakaran penjenayah, mengiklankan di surat khabar dan TV, dan pada zaman sekarang lebih mudah : perkongsian dia web media sodial seperti Facebook dan juga aplikasi telefon pintar seperti Whatsapp.

Terkini, FBI melancarkan aplikasi khas untuk tujuan yang sama dinamakan FBI Wanted.

Aplikasi ini memaparkan informasi terperinci tentang individu yang dikehendaki seperti senarai jenayah, lokasi terakhir beberapa maklumat penting lain. Orang ramai boleh bantu mengesan penjenayah dengan membuat carian berdasarkan lokasi, jenayah dan status. Ia juga dilengkapi butang untuk terus hubungi FBI berdekatan jika perlu.

Fitur yang paling menariknya ialah sesetengah, sesetengah penjenayah disertakan dengan ganjaran jika berjaya ditangkap dengan bantuan laporan yang dibuat.

Jika anda buat carian ‘malaysia’ beberapa individu juga akan tersenarai.

Mungkin RakanCop boleh bincangkan fungsi ini untuk ditambah kepada aplikasi RakanCop yang sedia ada. Selain media sosial yang berkesan, aplikasi seperti ini juga membantu orang ramai mendapat maklumat terkini berkenaan penjenayah yang mungkin berada di kawasan berdekatan mereka.

Download aplikasi FBI Wanted (Android)

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By Husnil Khatimi

Minat sendiri. Byting Bytes Bit By Bit.