Pada bulan Mei lalu HTC mengumumkan pembangunan sebuah model telefon baru yang akan dikuasakan dengan teknologi blockchain. Kini video acah baru dikeluarkan oleh akaun rasmi instagram HTC Exodus, dan turut disertakan caption dan tarikh di dalam video tersebut, “10.22” atau 22 Oktober. Adakah itu tarikh pelancarannya?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official HTC EXODUS (@htc.exodus) on

Integrasi Teknologi Blockchain

HTC Exodus akan mempunyai dompet kripto wang terbina terus ke dalam sistemnya. Ia boleh menjadi dompet ‘cold storage’ untuk kripto wang di mana kripto wang tersebut boleh disimpan secara luar talian (offline). Ia akan menyokong Bitcoin, Ethereum dan lain-lain rangkaian wang kripto yang besar dan popular. Kerjasama baru akan sentiasa diwujudkan.

Mereka juga menjalinkan kerjasama dengan CryptoKitties, sebuah permainan mengumpul, bertukar, jual-beli dan pembiakan haiwan peliharaan. Permainan ini juga berasaskan teknologi blockchain.

HTC mensasarkan integrasi teknologi blockchain secara terus ke dalam telefon. HTC Exodus mungkin akan menjadi nod (node) dalam rangkaian blockchain. Nod ialah peranti yang menjadi ejen ‘decentralize‘ dan bertindak sebagai penghubung dalam rangkaian blockchain untuk memastikan rangkaian tersebut terus berfungsi.

 

Perlindungan Keselamatan Yang Kukuh

Menurut Phil Chen, individu yang mengetuai projek ini, Exodus dilengkapi dengan sistem sekuriti yang tinggi. Dengan mencipta satu kawasan kurungan di dalam sistem yang dipanggil ‘trust zone‘, data yang disimpan akan dilindungi daripada sesiapa saja yang cuba menceroboh. Storan dompet kripto wang, data cap cari, imbasan muka dan sebagainya akan disimpan di zon ini.

Bagaimana jika telefon hilang atau dicuri?

Jangan risau, Exodus dilengkapi dengan sistem ‘Social Key Recovery‘ yang boleh digunakan untuk mendapatkan semula wang kripto anda. Cara sistem ini berfungsi ialah, semasa penetapan awal telefon, anda diminta memilih 3 hingga 5 orang kenalan, sama ada kawan atau keluarga, mereka akan menerima sebahagian daripada ‘key‘ anda. Jika telefon anda hilang, anda boleh dapatkan semula wang kripto dengan menggunakan kombinasi ‘key‘ daripada kenalan tersebut.

Berminat dengan HTC Exodus? Daftar di sini.

Exodus adalah telefon kedua dengan integrasi teknologi yang sama. Yang pertama ialah telefon Finney yang diumumkan oleh Sirin Labs dan sedia untuk di pra-tempah.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek