IP Camera banyak digunakan sebagai alat pemantauan dan pengawasan oleh individu untuk memantau bayi, kediaman mahupun pemilik premis perniagaan, pejabat, tapak pembinaan, dan sebagainya. Ia juga banyak digunakan sebagai kamera untuk pemantau pergerakan trafik jalan raya oleh pihak berkuasa.

Salah satu kelebihan IP Camera ialah, video rakaman atau penstriman boleh diakses terus melalui rangkaian internet atau intranet. Dengan cara ini ia tidak perlukan pendawaian khas untuk menghantar data video. Ia boleh diakses oleh hampir semua jenis peralatan yang mampu berhubung dengan Internet seperti komputer, telefon pintar dan Smart TV.

Oleh kerana akses Internet ialah terbuka kepada semua orang, IP Camera dilengkapi dengan perlindungan kata laluan. Dengan ini, hanya pemilik atau pengguna yang mempunyai kata laluan yang betul sahaja boleh akses dan melihat video daripada kamera tersebut.

Tetapi, masih ramai pengguna IP Camera yang tidak peka tentang kepentingan perlindungan ini. Banyak IP Camera yang dipasang tidak ditukar kata laluan asal yang ditetapkan daripada kilang. Ini membuka ruang penceroboh untuk mencuri lihat rakaman/strim daripada kamera tersebut. Mereka hanya perlu meneka kata laluan asal untuk model IP Camera tersebut.

Lebih bahaya, penceroboh juga boleh mengawal sesetengah kamera yang dilengkapi fitur pan-tilt-zoom iaitu arah kemera tersebut boleh dikawal. Malah, fungsi untuk mendengar audio dan bercakap terus kepada pembesar suara kamera juga boleh digunakan.

Banyak laman web menyenaraikan kamera-kamera yang tidak dilindungi oleh kata laluan atau tidak menukar kata laluan asal. Sesetengahnya adalah milik persendirian dan menceroboh privasi pemilik. Tetapi ia adalah salah pemilik sendiri kerana tidak mengambil berat tentang perlindungan kata laluan.

Kongsikan artikel ini supaya kesedaran tentang perkara ini bertambah. Jangan kerana ingin menambah perlindungan keselamatan, privasi diri dan keluarga pula terdedah keseluruh dunia 🙂

Cuba lihat senarai IP Camera di sini :
http://www.insecam.org/en/bycountry/MY/

Laman web di atas senaraikan IP Camera daripada seluruh dunia. Anda boleh lihat berdarsarkan Negara, Jenama Kamera, tempat-tempat popular dan pelbagai lagi.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By Husnil Khatimi

Minat sendiri. Byting Bytes Bit By Bit.