saser
TIGA pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Tunku Munawir (SASER) menunjukkan hadiah yang dimenangi mereka melalui inovasi Kalkulator Saintifik SASER. – Foto NSTP

SEREMBAN: Melihat kepada kesukaran pelajar untuk menjawab soalan berkaitan topik pengiraan matematik seperti penjelmaan dengan baik mendorong pasukan inovasi Sekolah Menengah (SM) Sains Tunku Munawir (SASER), di sini, membangunkan inovasi kalkulator saintifik.

Pengurus pasukan inovasi sekolah itu, Encik Ahmad Yasir Mustafa Bakri, berkata inovasi yang dimulakan sejak hujung tahun 2016 itu bermula dengan menghasilkan formula yang diterbitkan daripada melihat corak pergerakan objek dan imej.

Beliau berkata, proses berikutnya adalah memprogramkan formula berkenaan ke dalam perisian Microsoft Excell bagi menguji formula dihasilkan.

“Proses seterusnya iaitu fasa pengaturcaraan yang mana formula terhasil kemudiannya diprogramkan ke dalam prototaip yang dibina menggunakan platform pengkomputeran Arduino.
saser
KALKULATOR Saintifik SASER. – Foto NSTP

“Produk ini dapat membantu pelajar menentukan kordinat imej dengan tepat dan cepat dengan hanya memasukkan koordinat objek serta arahan penjelmaan,” katanya kepada BH Skor, baru-baru ini.

Encik Ahmad Yasir berkata, kalkulator berketahanan tinggi berkenaan memiliki keistimewaan tersendiri seperti mengandungi mod bagi setiap penjelmaan iaitu translasi, pantulan, putaran dan pembesaran.

saser
CADANGAN rekaan Kalkulator Saintifik SASER. – Foto NSTP

Katanya, beliau bertuah kerana pengetua sekolah, Encik Sabuddin Sani, sentiasa memberi sokongan dan galakan berterusan terutama ciptaan inovasi baharu berimpakkan pelajar.

“Inovasi kami adalah cukup istimewa iaitu kalkulator saintifik pertama dibina oleh rakyat Malaysia dan yang pertama dalam dunia dengan mod transformasi.

“Projek seumpama ini dapat membantu pelajar menyerlahkan lagi potensi dan bakat tersendiri, contohnya untuk melakukan pengaturcaraan yang tidak diajar di sekolah, mereka perlu mencarinya sendiri di internet serta mengaplikasikannya,” katanya.

Info: Kalkulator saintifik mesra pengguna

  • Tidak memerlukan kos tinggi, menjimatkan masa dan mudah untuk digunakan
  • Antara usaha bagi memperkasakan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM)
  • Mendapat bimbingan awal daripada pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ir Dr Nasharuddin Zainal
  • Memperoleh pingat emas pada pertandingan International Engineering Invention Innovation Exhibition (i-ENVEX) 2018 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),April lalu.
  • Mendapat pingat emas dan anugerah khas The Best Young Mathematician pada International Young Scientist Innovation Exhibition (IYSIE) 2018 di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Julai lalu

sumber: bharian

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek