Stephen Hawking adalah nama tokoh yang tidak asing lagi dalam bidang Fizik, Kosmologi dan Sains secara umumnya. Dia menghidap pengakit saraf motor (amyotrophic lateral sclerosis, ALS, ingat Ice Bucket Challenge?). Dia menjadi lumpuh secara perlahan-lahan dan akhirnya terpaksa menggunakan kerusi rosa sepenuhnya untuk bergerak. Beliau meninggal pada 14 Mac 2018.

Kini barang-barang milik Stephen Hawking akan dilelong kepada umum termasuk benda yang paling ikonik kepada beliau iaitu kerusi roda bermotor yang digunakannya sejak sekian lama. Ia dijangka terjual sekitar $13,000-$19,000 dolar AS (RM 54-80 ribu).

5 salinan tesis PhD milik beliau juga termasuk dalam lelongan. Anda boleh rujuk laman web rumah lelongan Christie untuk melihat maklumat barangan. Hasil jualan lelongan akan didermakan kepada Motor Neurone Disease Association dan The Stephen Hawking Foundation.

Jika anda berminat untuk memiliki barang-barang milik lagenda ini, lelongan akan bermula pada 31 Oktober dan berakhir 8 November ini.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek