Diberikan nama Philyra sempena nama tuhan wangian dalam mitos Greek, projek kecerdesan buatan ini mampu membancuh resipi wangian baru. Ia adalah kerjasama Symrise, sebuah syarikat penghasilan wangian dan perasa, dan pihak IBM Research.
Dengan teknologi pembelajaran mesin (machine learning), Philyra meneroka dan melihat tren terkini dalam industri, ribuan formula dan bahan-bahan mentah untuk mengenalpasti corak dan kombinasi unik baru yang boleh dihasilkan. Ia juga mampu mencari bahan alternatif, mencari dos yang sesuai berdasarkan corak penggunaan manusia.
Lebih menarik, ia mampu menilai bagaimana manusia akan respon sebelum membandingkan wangian yang lain.
Philyra kini sedang menghasilkan 2 jenis wangian yang akan dilancarkan di Brazil pada pertengahan 2019 di bawah jenama O Boticário. Peringkat akhir proses penghasilan, wangian tersebut diubah sedikit oleh pakar wangian untuk menepati beberapa kriteria penting dan memastikan ia lekat di kulit pengguna lebih lama.
Bagi pihak Symrise pula, mereka merancang untuk menyebarkan teknologi ini kepada pakar wangian mereka diseluruh dunia bagi membantu menghasilkan wangian yang bersesuaian dengan rantau negara tersebut. Ia juga akan diperkenalkan di sekolah mereka iaitu ‘Perfumery School’ untuk membantu proses pembelajaran.
IBM percaya yang aplikasi teknologi ini masih luas antaranya untuk penghasilan rasa, bahan kosmetik, bahan pelincir dan bahan pembinaan.