Pihak UL yang menyediakan platform Benchmarks dan perisian tanda aras 3DMark mengumumkan yang mereka telah membuang 2 telefon pintar keluaran Oppo iaitu Oppo Find X dan Oppo F7 daripada senarai selepas mendapati model tersebut ‘menipu’ dalam ujian tanda aras.
Dilaporkan oleh pihak Tech2 yang membuat ujian secara mendalam mendapati Oppo Find X memberi skor yang sangat mencurigakan. Pihak UL pula membuat ujian untuk model Oppo F7.
Dua model yang disebutkan mampu mengesan perisian 3DMark (versi awam yang ada di PlayStore) dan memaksa prestasi berlebihan semasa ujian tanda aras dijalankan, jadi skor akan menjadi tinggi. Apabila ujian dijalankan menggunakan aplikasi 3DMark versi dalaman, telefon Oppo tidak mengenali aplikasi tersebut dan memberi bacaan yang jauh lebih rendah.
Pengecaman aplikasi tanda aras seperti apa yang dilakukan Oppo adalah dilarang. Ini kerana ia akan memberi bacaan skor yang tidak tepat berbanding prestasi sebenar yang pengguna akan dapat.
Berikut ialah syarat yang dilanggar oleh Oppo, sumber ul:
"The platform may not detect the launch of the benchmark executable. The platform must not alter, replace or override any parameters or parts of the test, nor modify the usual functioning of the platform based on the detection of the benchmark."
Menurut pihak Oppo, model mereka mengesan aplikasi yang memerlukan prestasi tinggi seperti permua dan penanda aras 3D, lalu membenarkan sistem beroperasi dalam kelajuan penuh untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna.
Perkara ini akan dibaiki melalui kemaskini sistem supaya telefon pintar milik mereka dapat membezakan jenis aplikasi dengan lebih baik di masa hadapan.