Dijangka bermula bulan Jun ini, Samsung akan mula menjual semula model Galaxy Note 7 yang sudah diubah (refurbish).
Tahun lepas, salah satu model perdana Samsung, Note 7, menjadi konstroversi kerana baterinya yang mudah meletup dan terbakar secara tiba-tiba. Berpuluh-puluh kejadian letupan Note 7 dilaporkan seluruh dunia dan ada yang melibatkan kerugian besar kerana kebakaran.
Kerana kejadian itu, Samsung telah memanggil semula semua Note 7 yang telah dijual melibatkan hampir 3 juta unit. Selepas siasatan dijalankan, bateri disahkan menjadi punca berlakunya letupan tersebut.
Menurut laporan Korea Economic Daily, Samsung merancang untuk menjual semula Note 7 yang dipanggil semula, dengan menggantikan bateri baru. Kapasiti bateri yang asal ialah 3500mAh manakala bateri baru 3000mAh atau 3200mAh. Note 7 ini juga akan menerima kerangka luar yang baru. Komponen dan spesifikasi lain kekal sama.
Dengan jualan semula ini, Samsung dapat mengurangkan jumlah kerugian yang dihadapi akibat panggilan semula Note 7. Disamping itu, Samsung juga tidak perlu hadapi masalah alam sekitar untuk memusnahkan jutaan telefon yang terlibat.
India dan Vietnam akan menjadi pasaran pertama yang menerima jualan semula Note 7 nanti diikuti negera-negara lain. Satu perkara yang pasti, harganya akan lebih murah daripada harga awal semasa pelancarannya.
Anda akan beli? Fon “refurbish” ni?
Sumber : softpedia