Samsung Mungkin Keluarkan Telefon Pertama Dengan 4 Kamera Belakang

0

Telefon dengan dua kamera belakang kita sudah selalu lihat. Beberapa model terkini sudah mula muncul dengan 3 kamera belakang.

Ura-ura terkini mengatakan Samsung mungkin melancarkan telefon pertama yang dilengkapi 4 kamera belakang. Model ini mungkin diperkenalkan sebagai Galaxy A9, hasil naik-taraf dari model Galaxy A7 yang dilengkapi 3 kamera belakang.

4 unit kamera ini mungkin dioptimasikan untuk memberi lebih zum optik. Berikut adalah senarai spesifikasi kamera yang dijangkakan:

  • 8 MP kamera sudut luas 120° FOV
  • 24 MP kamera utama
  • 10 MP kamera zum
  • 5 MP kamera zum
  • 24 MP Sony IMX 576 kamera depan

Spesifikasi dan fitur lain yang dijangkakan:

  • Chip Snapdragon 660 Octa
  • Skrin Full HD+ 6.38 inci
  • Bateri 3720 mAh
  • Sensor cap jari

Diharapkan trend banyak kamera ini tidak terbawa-bawa ke kamera depan ?

sumber artikel

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: