Dengan populariti teknologi Blockchain melonjak tinggi, terima kasih kepada mawatang kripto seperti Bitcoin, teknologi ini mendapat perhatian lebih luas dan mula digunakan di dalam lebih banyak bidang selain wang kripto.

Kini kerajaan metropolitan Seoul (Korea Selatan) pula berminat untuk aplikasikan teknologi yang sama ke dalam sistem pentadbirannya. Meletakkan kesenangan penduduk dan meningkatkan ketelusan pentadbiran sebagai matlamat utama.

Sasarannya ialah pada tahun 2022, semua kerja pentadbiran akan menggunakan blockchain termasuklah pengangkutan dan keselamatan awam.

Syarikat Samsung SDS dan Ground X akan menerajui projek ini. Dalam masa 5 bulan mereka akan meneliti secara mendalam bagaimana Blockchain akan digunakan.

Dalam masa yang sama, kerajaan Seoul merancang untuk membina sebuah kompleks blockchain dalam masa 5 tahun, bakal menempatkan lebih kurang 200 syarikat. Dana 100 billion won (RM367 juta) juga akan diwujudkan bagi memupuk tenaga mahir dalam sektor blockchain.

sumber: zdnetĀ 1,2

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek