Sudah bertahun-tahun tajuk penyimpanan data ke dalam DNA menjadi perbincangan penyelidik. Tetapi aplikasinya masih terhad kerana kekangan kos yang tinggi dan kualiti data rosak.
Kini, penyelidik umumkan mereka berjaya membuat penambah-baikan daripada proses sebelum ini, 60% lebih cekap dengan 100% ketepatan tanpa kerosakan data.
Dengan cara ini, data bersaiz 215,000,000GB (215PB) boleh dimuatkan kedalam 1 gram DNA. Pada 2013, hanya 2,000,000GB data boleh dimuatkan ke dalam DNA dengan berat yang sama.
Antara sebab kenapa DNA menjadi bahan kajian sebagai storan ialah kebolehan menyimpan data yang banyak dalam kuantiti DNA yang kecil, ia tidak akan lapuk kerana DNA sentiasa kekal dan wujud dari dahulu sampai bila-bila, malah data yang disimpan boleh bertahan sehingga beribu-ribu tahun.
Kita mungkin akan lihat pusat data besar seperti Google, Facebook dan Amazon akan menanam pokok selepas ini sebagai ‘pusat data’ baru mereka 🙂
sumber:motherboard