Bidang keselamatan siber (cyber security) semakin mendapat perhatian dengan peningkatan pelbagai ancaman dan jenayah siber pada masa sekarang.
Murid sekolah di England akan ditawarkan pelajaran dalam keselamatan siber dengan harapan mencari pakar-pakar di bidang tersebut, demi melindungi negara daripada serangan.
Untuk 5 tahun percubaan, dijangka 5700 murid berumur seawal 14 tahun akan meluangkan masa sekurangnya 4 jam seminggu untuk subjek ini. Kelas, pengajaran atas talian, “cabaran dunia sebenar” dan pengalaman kerja akan disediakan bermula bulan September.
Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan di sana menyediakan bajet lebih kurang RM110juta (£20juta) untuk membangunkan modul pelajaran ini bersesuaian dengan format pelajaran dan peperiksaan semasa.
Disamping itu, pihak kerajaan juga akan memberi bantuan kewangan dan penempatan tempat kerja untuk pelajar yang menyerlah.
Melihat kepada bajet, UK sangat serius dan ambil berat dalam isu keselamatan siber. Diharap Malaysia juga mengetengahkan bidang ini memandangkan kesedaran tentang keselamatan siber masih kurang dalam majoriti rakyat Malaysia.
Sumber : BBC