17 Didakwa Dalam Siri Rompakan Apple Store

0

Telah viral sebelum ini beberapa video rompakan jenis ‘grab-and-go‘ Apple Store dimana perompak menerkam masuk beramai-ramai dan dalam beberapa saat saja terus merentap peranti yang diletakkan di atas meja pameran seterusnya melarikan diri.

Kejadian rompakan terancang ber-Siri ? ini dilakukan oleh beberapa kumpulan perompak, menyerang Apple Store berbeza sekitar daerah-daerah di California dan melibatkan kerugian melebihi 1 juta dolar Amerika.

Menurut laporan, 17 individu ditahan dan didakwa bersabit kes rompakan tersebut.

sumber: oag.ca.gov

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: