Sama ada dari sudut keselamatan, keselesaan atau hanya pilihan hati, kaum wanita mungkin lebih sukakan pemandu wanita juga apabila menggunakan perkhidmatan teksi atau e-hailing seperti Grab dan Uber.

Riding Pink ingin menyelesaikan dilema ini dengan menyediakan perkhidmatan e-hailing khas hanya untuk wanita. Ya, pemandu wanita untuk penumpang wanita.

Bermula pada 2016 dengan hanya menggunakan panggilan telefon dan mesej Whatsapp, Riding Pink kini sudah miliki aplikasi sendiri untuk penumpang (Riding Pink Passenger) dan pemandu (Riding Pink Driver). Ini lebih memudahkan proses tempahan dilakukan.

Bagi aspek keselamatan pula, semua pemandu Riding Pink perlu menjalani saringan dan pemeriksaan latar belakang oleh pihak polis untuk memastikan tiada rekod jenayah.

Buat masa ini, perkhidmatan ini tidak menerima tempahan secara on-the-spot atau serta merta, ia memerlukan pra-tempah sejam lebih awal. Ini bagi memudahkan pemandu melihat dan merancang perjalanan ke lokasi dan mengenal pasti penumpang. Jika pemandu membatalkan tempahan, gantian akan dicari juga ialah pemandu wanita.

Dengan adanya perkhidmatan seumpama ini, ia membuka peluang lebih luas untuk kaum wanita menceburi bidang e-hailing ini dengan selesa dan yakin sebagai pemandu.

Maklumat lanjut dan muat-turun aplikasi Riding Pink : ridingpink.com

 

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek