Dark Web sangat sinonim dan kerap dikaitkan dengan perkara terlarang, berbahaya dan melanggar undang-undang. Faktor besar yang menyumbang kepada perkara ini ialah kerana rangkaian Dark Web menggunakan sambungan yang disulitkan (encrypted) dan melalui beberapa lokasi pelayan berbeza, menyukarkan lokasi dan identiti pengguna dikesan. Baca lanjut Apa Itu Deep Web dan Dark Web.

2 lelaki Eddy Steven Sandoval Lopez, 22, dan Deshari Saivohn Frederick, 21 dari Sacramento, California didakwa atas tuduhan menjual bahan kawalan, konspirasi dan penggunaan senjata api dalam pengedaran dadah. Mereka menggunakan Dark Web sebagai medium promosi dan mencari pelanggan.

Mereka ditahan oleh beberapa agen penguatkuasa dari Northern California Illicit Digital Economy (NCIDE) yang menyamar sebagai pembeli dadah marijuana dan kokain di halaman jualan ‘Dream Market’ melalui Dark web.

NCIDE memfokuskan apa saja aktiviti jenayah yang melibatkan dark-web dan wang kripto di daerah timur California.

Rumah tertuduh turut digeledah dan beberapa pakej kokain, marijuana dan sepucuk pistol ditemui. Jika sabit kesalahan mereka bakal menghadapi hukuman sehingga 20 tahun penjara dan $1 juta dolar Amerika.

Seorang lagi individu Gal Vallerius dengan nama samaran Oxymonster, bekas admin kepada Dream Market turut didakwa dan dipenjara 20 tahun. Dalam pendakwaan lain Gary Davis aka Libertas admin kepada Silk Road turut menerima hukuman 20 tahun penjara selepas mengaku bersalah atas tuduhan pengedaran dadah. sumber: softpedia.

Baca topik keselamatan dan kripto.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek