Ramai pengguna aplikasi Twitter melaporkan telah menerima sangat banyak notifikasi pelik. Ia mengandungi kod yang terdiri daripada nombor dan huruf yang panjang dan tidak memberi apa-apa maksud. Apabila disentuh, ia hanya membuka aplikasi Twitter seperti biasa.

Menurut laporan cnet, CEO Twitter sendiri, Jack Dorsey akui dia juga terima notifikasi pelik tersebut.

Selepas beberapa ketika akaun rasmi TwitterSupport menghantar tweet apa maksud notifikasi tersebut. Ia adalah kod-kod komunikasi antara aplikasi dan pelayan Twitter bertujuan menghantar notifikasi dan badge kiraan notifikasi diterima pengguna.

Ia tidak sepatutnya muncul kepada pengguna tetapi ada masalah berlaku menyebabkan ia muncul sebagai notifikasi.

Perkara ini dikatakan sudah diperbaiki tetapi punca sebenar masih belum diketahui. Di ibu pejabat Twitter sekarang mungkin sedang diadakan mesyuarat tergempar. Jika CEO Twitter seperti Bu Risma, pembangun di Twitter mesti murung.

 Video Bu Risma memarahi pembangun sistem yang menyusahkan pengguna.

Anda pengguna Twitter? Klik untuk Follow @jomgeekmy

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek