“Man’s best friend”. Ungkapan bahasa Inggeris yang kerap ditujukan kepada anjing. Sesetengah orang lebih pilih kasih dan menganggap anjing sangat pandai dan mempunyai kecerdikan yang unik jika dibandingkan dengan haiwan lain. Ini mungkin kerana ia dapat dilatih membuat beberapa perkara mudah.

Menurut penyelidik dari University of Exeter dan Canterbury Christ Church University yang mengkaji sikap pilih kasih terhadap anjing ini mendapati, kebolehan kognitif anjing tidak menunjukkan apa-apa keistimewaan apabila dibandingkan dengan haiwan lain yang juga dianggap bijak seperti kucing, serigala, hyena, cimpanzi dan ikan lumba-lumba.

Kebanyakan haiwan yang dilatih menggunakan teknik upah dengan makanan.

Mereka meneliti lebih 300 kertas kerja berkenaan kebijakan anjing dan haiwan-haiwan lain, dan menemui beberapa kes yang terlalu ‘melebih-lebihkan’ kebolehan anjing.

Anjing kerap dibandingkan dengan cimpanzi, bertujuan untuk membuktikan betapa bijaknya anjing. Dan reputasi anjing dimata masyarakat akan bertambah apabila ia ‘menang’ perbandingan tersebut.

Tetapi menurut Professor Stephen Lea dari the University of Exeter, setiap perbandingan yang dia dan pasukan penyelidiknya buat mendapati tiada apa-apa yang istimewa pada anjing. Haiwan-haiwan lain yang dibandingkan mempunyai ‘kecerdikan’ yang setara.

Kajian mereka meliputi kognitif deria, fizikal, spatial, sosial, dan kesedaran diri. Katanya lagi, kita tidak sepatutnya meletakkan harapan tinggi pada anjing. Anjing adalah anjing. Kebolehan, kebijakan dan keperluan haiwan tersebut perlu dilayan dan dipenuhi sama seperti haiwan peliharaan lain.

terbitan: exeter.ac.uk

Tonton video anjing dan kucing yang dilatih dan ‘cerdik’ sertai program realiti TV.

Anjing

Kucing

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek