Pihak kastam New Zealand kini diberikan hak untuk meminta kata laluan telefon, komputer riba atau lain-lain peranti eletronik penumpang. Melalui undang-undang baru ini, apabila diminta, penumpang perlu menyerahkan maklumat tersebut atau didenda $5000 Dolar NZ, lebih kurang RM13,5000.

Akta Kastam Dan Eksais 2018 ini secara spesifik menyatakan, penumpang wajib menyerahkan kata laluan mereka. Bukan sahaja kata laluan, ia termasuk juga apa-apa cara yang diperlukan untuk mengakses data dan kandungan tertentu, seperti muka anda untuk nyah-kunci telefon, jika beg canggih memerlukan cap jari dan sebagainya.

Dan, pihak kastam berhak membuat salinan kandungan peranti tersebut, atau merampas terus peranti penumpang jika siasatan lanjut perlu dilakukan.

Bagaimanapun, pegawai kastam tersebut tiada hak untuk mengakses data yang tidak ada di dalam peranti, tetapi boleh diakses melalui peranti itu.

Contohnya, mereka boleh melihat galeri gambar kerana gambar berkenaan ada di dalam telefon. Tetapi mereka tidak boleh akses dokumen atau fail-fail yang berada di dalam storan cloud, seperti Dropbox, Google Drive dan iCloud, walaupun aplikasi dan akses boleh melalui telefon tersebut.

Baca Suspek Terlibat Pornografi Kanak-Kanak Dipaksa Nyah-kunci iPhone Gunakan Mukanya Oleh FBI

rujukan akta (fail PDF)
sumber: zdnet

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek