Berdasarkan kajian kepuasan pelanggan kepada barang elektronik dan kelengkapan rumah, yang dijalankan oleh American Customer Satisfaction Index (ACSI) telah menyenaraikan Apple sebagai syarikat yang terbaik.

Mata yang diperolehi Apple tidak berubah dari 2017 iaitu 83 diikuti rapat oleh pesaingnya Samsung iaitu 82 mata. Amazon pula berjaya naik tempat ke-3 dengan jumlah 82 mata juga, tetapi kenaikan 3.8 peratus lebih baik daripada tahun sebelumnya.

ASUS pula menghadapi kejatuhan dari tangga ke-3 ke tangga ke-5, iaitu dari 80 mata kepada 79 mata. Menurut kajian tersebut, punca utamanya ialah kerana ASUS lebih memfokuskan kepada produk high-end.

Microsoft pula kekal di tangga teratas dalam kategori perisian dengan kenaikan 4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

sumber: softpedia

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek