Bagi individu, perniagaan atau organisasi yang menjalankan perniagaan atas talian, antara perkara penting yang perlu diutamakan ialah, bagaimana cara untuk memudahkan pelanggan membuat bayaran?

Jika anda menerima bayaran secara manual daripada pelanggan, anda mungkin biasa dengan beberapa situasi ini, untuk setiap pelanggan perlu diterangkan – PM nombor akaun, ajarkan cara buat Instant Transfer, hantar screenshot bukti pembayaran, log masuk ke akaun bank untuk semak transaksi satu per satu. Lebih ramai pelanggan lebih teruk kerja anda. Lagi menyedihkan jika anda di-scam dengan bukti bayaran palsu.

Di sini Billplz muncul untuk membantu anda. Proses untuk menerima bayaran daripada pelanggan dengan menggunakan Billplz adalah sangat mudah dah sistematik. Melalui Billplz, anda boleh terima bayaran daripada pelbagai bank di Malaysia, kad kredit/debit dan PayPal. Lebih menarik, anda tidak perlu beri panduan kepada pelanggan untuk lakukan instant transfer, mereka bebas gunakan bank pilihan masing-masing.

Satu borang – ‘one form to rule them all

Pelanggan hanya perlu mengisi borang tersebut dan terus dibawa ke laman perbankan internet yang dipilih. Setiap bayaran yang dibuat akan direkodkan dengan status semasa, tidak perlu screenshot bukti bayaran. Kedua-dua pihak, penjual dan pembeli akan menerima email notifikasi untuk transaksi yang dilakukan, tidak perlu rekodkan dan sahkan bayaran secara manual.

Dengan borang atas talian ini juga, sangat berguna untuk peniaga walaupun tidak mempunyai laman web sendiri. Di sini pelanggan boleh terus melihat maklumat dan gambar produk, memilih kuantiti yang dimahukan, malah boleh terus mengisi maklumat peribadi seperti nama, email, nombor telefon dan alamat penghantaran di borang yang sama. Proses yang ringkas dan memudahkan pelangkan bakal meningkat jumlah closed sale anda 🙂

Pengutan derma juga boleh dibuat. Satu lagi fungsi yang boleh digunakan di dalam Billplz. Pelawat bloeh masukkan sebarang jumlah dan membuat traksaksi dengan bank pilihan. Lihat contoh borang derma projek JomGeek di sini.

Integrasi web e-Commerce

Integrasi platform e-Commerce turut disediakan untuk menerima bayaran menggunakan Billplz. Antara platform popular yang diintegrasikan oleh Billplz atau pihak ke tiga adalah Shopify.my, EasyStore.co, OnPay.my, OpenCart, Prestashop, WooCommerce (WordPress) dan banyak lagi. Pihak Billplz turut menyediakan kod sumber dan API untuk digunakan pembangun yang berminat membina integrasi sendiri.

Pendaftaran yang sangat ringkas

  1. Klik Sign Up/ Apply Now di laman web Billplz.
  2. Isi maklumat organisasi/perniagaan dan juga akaun bank.
  3. Billplz akan membuat pindahan RM0.01 ke akaun bank sebagai pengesahan.
  4. Jika transaksi berjaya dalam masa 3 hari, akaun anda secara automatik bertukar status ‘Pending’ kepada ‘Verified.
  5. Anda sudah boleh mula terima bayaran 🙂

Billplz tawarkan yuran perkhidmatan antara yang termurah jika dibandingkan dengan penyedia perkhidmatan lain yang seumpamanya. Kira-kira yang ringkas dan tidak mengelirukan. Anda bebas memilih plan yang bersesuaian dengan jumlah transaksi jualan bulanan perniagaan.

Layari/Daftar di Billplz

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By Husnil Khatimi

Minat sendiri. Byting Bytes Bit By Bit.