Menurut Wu Chunfeng, pengerusi di Chengdu Aerospace Science and Technology Microelectronics System Research Institute Co., Ltd., pada tahun 2020 mereka merancang untuk melancarkan bulan buatan ke angkasa, iaitu sebuah satelit yang akan memancarkan cahaya dan menerangi malam di bandar Chengdu.

Menurut Wu, satelit tersebut boleh memancar cahaya pada keluasan diameter 10 sehingga 80 kilometer. Manakala keterangan cahayanya adalah 8 kali lebih cerah daripada bulan sebenar. Ini sudah mencukupi untuk menggantikan lampu-lampu jalan. Penjimatan elektrik yang sangat besar akan dapat dicapai.

bandar china

Mereka telah melakukan banyak ujian sejakbeberapa tahun lalu dan yakin yang teknologi ini sudah matang dan sedia untuk digunakan. sumber: people.cn

Ada pihak yang melahirkan kegusaran bahawa bulan buatan ini akan mengganggu rutin manusia dan haiwan di bandar tersebut. Malam yang kelihatan terang setiap masa mungkin mengubah ‘biological clock’ dan kesihatan tubuh badan.

biological clock
Kitaran fungsi badan mengikut ‘biological clock’
Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek