Penyelesaian yang efisien kepada mesyuarat dan kolaborasi jarak jauh di dalam bidang perniagaan dan korporat sangat penting. Inilah antara faktor kenapa Microsoft mengambil alih Skype dalam plan strategik mereka.

Amazon juga tidak ketinggalan daftarkan kuda meraka dalam perlumbaan teknologi ini dengan memperkenalkan perkhidmatan terbaru mereka, Amazon Chime. Chime boleh digunakan untuk persidangan video, permesejan, perkongsian skrin dan fail dan mesyuarat atas talian.

Antara fitur yang agak unik ialah Smart Presence di mana secara automatik ia akan menandakan status hijau jika anda lapang dan merah jika anda sedang sibuk. Status ini juga boleh diubah secara manual.

Chime juga boleh digunakan untuk mengawal komputer secara jarak jauh, contohnya jika juruteknik komputer perlu membantu masalah tertentu, tanpa perlu hadir ke depan komputer yang bermasalah tersebut.

Amazon Chime Pro ditawarkan percuma selama 30 hari untuk dicuba. Selepas itu anda boleh mulakan langganan atau sambung gunakan akaun asas secara percuma. Buat masa sekarang, Chime boleh digunakan di komputer Windows, Mac dan di telefon Android dan iOS.

Layari : https://chime.aws

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By Husnil Khatimi

Minat sendiri. Byting Bytes Bit By Bit.