Tesla ialah sebuah syarikat tersenarai awam (public listed company) bertapak di California, America Syarikat dan Elon Musk ialah pengasas bersama syarikat tersebut. Elon Musk juga terlibat dalam mengasaskan beberapa syarikat lain seperti SpaceX, X.com (PayPal), OpenAI dan SolarCity.

Pada 8 Ogos lalu Elon Musk kongsikan tweet di akaun Twitter peribadi dengan lebih 22 juta pengikut, bahawa beliau sedang pertimbangkan untuk menswastakan Tesla. Tweet ini agak menggemparkan dan menimbulkan kegusaran dikalangan pelabur, pemegang saham dan menjejaskan harga saham syarikat di pasaran.

Beberapa hari berikutnya Suruhanjaya Sekuriti Dan Bursa Amerika (SEC, Securities and Exchange Commission) mengumumkan akan menyaman Elon Musk atas tweet tersebut. Dia dituduh melakukan penipuan melalui beberapa siri tweet yang mengelirukan berkenaan transaksi yang mungkin berlaku sehingga mengganggu pasaran saham. Ini dibuktikan dengan peningkatan lebih daripada 6% pada harga saham Tesla.

Melalui Akta Bursa Seksyen 12 (US), SEC mahu Elon Musk dilarang daripada menjadi pegawai atau pengarah syarikat Tesla atau mana-mana syarikat sama taraf dengannya. Saham Tesla menjunam lebih 13% diakhir dagangan hari Khamis.

Elon berkata, beliau kecewa dan sedih dengan tindakan tidak wajar daripada SEC, mengatakan apa yang dia buat sentiasa berpaksikan kebenaran dan ketelusan. Dia sentiasa mengambil berat soal integriti, sambungnya lagi.

Tesla dan Elon Musk sangat sinonim bersama, tanpa beliau kita mungkin melihat sedikit perubahan hala tuju dan perkembangan syarikat tersebut, seperti Apple selepas kehilangan Steve Jobs, Whatsapp dan Instagram selepas kehilangan pencipta asal ?

Lihat carta saham Tesla di sini.

sumber: cnet, sec.gov

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek