Bila seseorang menghalang anda mononton TV, anda akan telengkan sedikit kepala untuk melihat. Facebook sedang melancarkan fitur baru di Facebook, 3D Photos, membolehkan anda mengintai ke belakang gambar, hampir sama seperti anda telengkan kepala. Gambar kelihatan hidup dan berada dalam 3 dimensi.

Fitur baru ini sudah diumumkan pada Mei lalu, sedia untuk dilancarkan untuk pengguna dalam beberapa minggu lagi. Jika telefon anda layak menerima fitur ini, pilihan 3D Photos akan muncul semasa membuat status baru di Facebook.

Menurut pihak techcrunch, 3D Photos boleh dihasilkan di telefon yang mempunya 2 lensa kamera untuk wujudkan kesan 3D tersebut. Walaubagaimanapun untuk telefon 1 lensa mungkin juga akan dibuat di masa akan datang supaya lebih ramai dapat gunakannya. Untuk paparan, mana-mana telefon dan pelayar web desktop tiada masalah untuk melihat hasil gambar 3D. sumber: fb

Cara membuat Facebook 3D Photos

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek