Purism telah membuka pra-tempahan untuk telefon pintar mereka, Librem 5. Ia menggunakan sistem pengoperasian Linux PureOS yang mengetengahkan kepentingan privasi, sekuriti dan kebebasan pengguna.

Antara fitur menarik ialah, ia mempunyai suis fizikal untuk aktif/nyah-aktifkan kamera, mikrofon, wifi, bluetooth dan baseband. Di telefon Android dan iOS anda mungkin ragu-ragu sama ada kamera atau microfon digodam, ada aplikasi yang mencuri rakam suara dan gambar, tapi tidak dengan Librem 5.

Librem 5 akan di pra-pasang PureOS dengan persekitaran dekstop GNOME 3.32

Librem 5 juga boleh menjadi paparan desktop penuh.
Walaupun dijual bersama PureOS, pengguna bebas membuat pemasangan sendiri menggunakan mana-mana versi edaran GNU+Linux
Berikut ialah beberapa perbandingan PureOS, iOS dan anroid.

Maklumat Librem 5 dan pra-tempah di puri.sm

Baca lanjut berkenaan PureOS

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek