Video adalah antara medium penyampaian kandungan yang paling berkesan di dalam pengiklanan. Kombinasi grafik bergerak dan bunyi sangat memberi impak kepada penonton dalam membuat keputusan.

Facebook tidak melepaskan peluang untuk mengambil kesempatan dengan platform video mereka yang sedia ada. Iklan video akan muncul tidak lama lagi di Facebook semasa anda sedang menonton video. Jika Youtube memaparkan iklan di awal video dan kadang-kadang dipertengahan video, menurut rancangan Facebook, iklan mereka berdurasi 20 saat akan dipaparkan selepas video asal dimulakan sekurang-kurangnya 20 saat.

Facebook Live juga akan terlibat

Jika seseorang yang membuat video Live mempunya 2000 pengikut dan mencapai 300 penonton dalam satu masa, iklan akan turut dipaparkan. Dengan syarat  sesi Live tersebut melebihi 4 minit.

Peluang jana pendapatan

Ini adalah berita baik kepada pemilik kandungan video/Live tersebut kerana 55% daripada pengiklanan akan pergi kepada mereka 🙂 . Selebihnya akan pergi kepada Facebook.

Ini mungkin akan memberi kesan kepada Youtube apabila pencipta kandungan mungkin memilih Facebook sebagai platform utama perkongsian video.

sumber:softpedia

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By Husnil Khatimi

Minat sendiri. Byting Bytes Bit By Bit.