Untuk syarikat dan perniagaan yang memiliki Page rasmi, Facebook menawarkan fungsi baru untuk memaparkan kekosongan kerja. Fungsi ini akan dimulakan di US dan Kanada beberapa minggu lagi.

Ini akan meningkatkan kebarangkalian mendapatkan calon bersesuaian dan kerjaya yang kena dengan minat calon.

Dan sudah tentu Facebook juga akan sertakan pilihan untuk meningkatkan trafik kepada iklan kekosongan kerja dengan bayaran tertentu.

Untuk proses permohonan kerja pula, Facebook secara automatik mengisi maklumat yang diperlukan berdasarkan profil pengguna/calon.

Menurut Facebook, syarikat sudah banyak mengiklankan kerja kosong di Facebook, fungsi ini bertujuan untuk memperkemaskan dan menyediakan piawaian yang sama untuk semua post berkenaan kerja kosong.

Sumber : engadget

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By Husnil Khatimi

Minat sendiri. Byting Bytes Bit By Bit.