Facebook hari ini telah melancarkan kemaskini baru untuk paparan News Feed di mana pautan laman web dengan kandungan berkualiti rendah akan dihukum dengan pengurangan paparan kepada pengguna. Jika pautan tersebut dipromosi menggunakan pengiklanan FB Ads, ia turut akan mendapat kurang view.
Facebook menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi menganalisa ratusan ribu pautan yang dikongsi untuk menentukan kualiti dan keasliannya. Jika ia mempunyai ciri-ciri kandungan berkualiti rendah, pautan tersebut akan ‘diturunkan pangkat’ dan akan kurang muncul kepada pengguna Facebook lain.
Antara jenis laman web yang dianggap berkualiti rendah ialah:
- Salin & Tampal : Web yang menyalin kandungan laman web lain tanpa membuat perubahan atau hanya sedikit perubahan kandungan.
- Web yang dipenuhi iklan tetapi ada sikit kandungan atau kandungan yang tiada nilai.
- Web yang memaparkan iklan yang terlalu mengganggu pelawat sehingga sukar untuk membaca kandungan.
- Web yang memaparkan iklan yang mengejutkan, mengandungi atau membawa kepada perisian hasad.
Kemaskini ini sedang dilancarkan secara berperingkat. Jadi ia akan memberi kesan sedikit demi sedikit kepada pautan yang dikongsi, tidak secara mendadak. Ini juga akan memberi peluang kepada kecerdasan buatan untuk mengenalpasti dengan lebih tepat pautan yang terlibat.
sumber: newsroom.fb.com
Apa kesannya nanti?
Laman web dengan kandungan yang tidak dianggap kualiti rendah akan menerima peningkatan paparan, manakala penerbit kandungan kualiti rendah akan mendapati pengurangan trafik paparan pautan mereka.
Dengan pengenalan kemaskini baru ini, pengguna Facebook akan kurang dipaparkan kandungan yang kurang kualiti, kurang risiko diserang perisian hasad, dan pautan yang paparkan laman web palsu seperti promosi percuma kasut Adidas, tiket penerbangan AirAsia dan sebagainya juga akan berkurang.
Baca artikel terkini.