Rangkaian media sosial milik Google iaitu Google Plus (Google+) akan ditamatkan operasinya bagi pengguna individu berikutan kebocoran data pengguna yang berlaku sejak 2015 sehingga Mac 2018. Hampir 500,000 pengguna Google+ mungkin terkesan dengan ketirisan data ini.

Data tertiris adalah melalui satu pepijat akses API yang membuka lubang untuk pembangun mengakses maklumat seperti nama, emel, pekerjaan, umur dan jantina, walaupun maklumat tersebut sudah ditetapkan sebagai peribadi (private).

Lebih teruk lagi, Google hanya menyimpan log akses hanya untuk 2 minggu sahaja, jadi mereka tidak dapat pastikan jumlah sebenar akaun yang mungkin terkesan dengan masalah ini. Daripada semakan, 438 pembangun mendapat akses ke API yang bermasalah itu tetapi mungkin sedikit atau tiada langsung pembangun yang menyedari tentang pepijat tersebut. Mungkin.

Pepijat tersebut sudah diperbaiki tetapi Google akan meneruskan juga penamatan Google+ untuk pengguna biasa pada penghujung Ogos 2019. Walaubagaimanapun, Google+ untuk pengguna Enterprise akan diteruskan perkhidmatan kerana didapati ada syarikat yang menggunakan rangkaian Google+ secara aktif dan meluas.

sumber: blog.google

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek