Mari berkenalan dengan Moxi, robot yang dicipta untuk membantu doktor dan jururawat di hospital. Moxi akan membantu kerja-kerja yang tidak melibatkan interaksi dengan pesakit, seperti membawa barang, mengambil ubat dari bilik bekalan ubat, menghantar dokumen pesakit kepada doktor dan sebagainya. Ia akan mengurangkan pergerakan dan aktiviti berulang oleh jururawat.

Robot versi terbaru daripada Diligent Robotics ini sangat mesra, sensitif dan peka. Dilengkapi dengan ‘wajah’, interaksi mesra dengan Moxi akan mewujudkan suasana kerja yang positif antara manusia dan robot.

Moxi kini sedang dalam fasa percubaan di 3 buah hospital di Texas.

Pihak Diligent Robotics menegaskan yang Moxi bukanlah untuk menggantikan tugas jururawat, ia hanya membantu tugas yang mudah dan berulang jadi jururawat boleh fokus kepada kerja yang lebih rumit dan melibatkan interaksi dengan pesakit.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek