Untuk pengguna yang kerap menggunakan perkhidmatan dokumen yang disediakan oleh Google melalui Google Drive, anda tentu biasa membuat dokumen, spredsheet, borang atas talian dan sebagainya.

Google melancarkan beberapa URL pintasan untuk mempercepatkan lagi langkah membuat dokumen baru dengan menggunakan domain dot New (.new).

Contohnya, jika ada mahu buat borang baru, hanya taip ‘form.new’ di bar alamat URL pelayar web, anda terus dibawa ke paparan borang baru yang sudah sedia dicipta dalam GDrive. Lain-lain URL pendek .new ialah seperti dalam Tweet ini:

Jika anda belum log masuk akaun Google di pelayar web tersebut, selepas mencuba URL di atas, Google akan meminta log masuk akaun terlebih dahulu kerana dokumen yang dibuat akan terus disimpan ke dalam Google Drive anda.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek