IBM mengumumkan yang mereka akan mengambil alih Red Hat pada nilai $190 sesaham dimana jumlah keseluruhan saham yang diambil alih ialah $33.4 bilion dolar AS (RM140 Bilion).

redhat

Red Hat ialah sebuah syarikat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan produk berasaskan sistem pengoperasian Linux untuk pengguna perniagaan.

Menurut ketua pegawai eksekutif IBM, Ginni Rometty berkata, “IBM akan menjadi pembekal perkhidmatan berasaskan cloud nombor 1 dunia yang menawarkan kepada syarikat, satu-satunya perkhidmatan cloud dengan menggunakan sepenuhnya potensi cloud kepada perniagaan mereka”.

Melalui pengambil-alihan ini menunjukkan hala tuju IBM bakal bertembung dengan nama-nama besar dalam penyedia perkhidmatan cloud seperti Google, Amazon dan Microsoft.

IBM juga bakal menjadi syarikat pertama penyedia perkhidmatan hibrid cloud dengan penawaran perkhidmatan cloud awam (public) dan persendirian (private).

Red Hat akan terus beroperasi sebagai unit berasingan selepas proses ambil alih yang dijangka selesai pada pertengahan 2019.

sumber: ibm, redhat

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek