#chargegate , hashtag untuk masalah terkini yang dilaporkan berlaku pada produk keluaran Apple, iPhone model XS dan XS Max. Ramai pengguna melaporkan masalah yang dihadapi apabila mahu mengecas iPhone mereka menggunakan kabel lightning.

iPhone tidak akan dicas atau menunjukkan petanda yang ia sedang dicas apabila kabel lightning disambung ketika skrin sedang dimatikan. Hanya dengan menghidupkan skrin dahulu baru pengecasan akan bermula. Lebih teruk lagi, beberapa ujian yang dilakukan oleh pihak Unbox Therapy menunjukkan yang ada ketika iPhone langsung tidak dicas walaupun skrin sudah dihidupkan.

Buat masa ini masih belum ada kenyataan rasmi daripada Apple yang menyatakan mereka sedar tentang masalah ini. Mungkin pengguna perlu menunggu sedikit untuk mendapat solusi yang terbaik.

Tonton video ujian yang dilakukan oleh Unbox Therapy

 

rujuk : forum apple, reddit

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek