Mandie Stevenson, seorang wanita berusia 29 tahun dari Falkirk, Scotland telah mengaku dirinya sebagai pengganas melalui satu borang (ESTA) kebenaran perjalanan di sistem eletronik Jabatan Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat (Department of Homeland Security).

Mandie Stevenson, 29 tahun

Ketika merancang pelancongan ke Amerika Syarikat, melalui program pengecualian Visa yang dimohonnya, beliau secara tidak sengaja menandakan ‘Ya’ pada soalan pengakuan keterlibatan dalam aktiviti pengganas.

Soalan tersebut ialah:

Do you seek to engage in or have you ever engaged in terrorist activities, espionage, sabotage, or genocide?

“Adakah anda akan melibatkan diri atau pernah terlibat dengan aktiviti pengganas, pengintipan, sabotaj atau pembunuhan beramai-ramai?”

Contoh borang Esta (Electronic System for Travel Authorization)

Dia hanya sedar kesilapan besar itu apabila permohonannya ditolak. Pelbagai masalah dihadapi selepas itu antaranya terpaksa menangguhkan tarikh perjalanan, berulang-alik ke kedutaan Amerika di London, perlu menghadiri beberapa sesi temuduga untuk meyakinkan kedutaan yang dia bukan pengganas, dan perlu menunggu Visa penuh siap sebelum boleh meneruskan rancangan perjalanan.

Menurut seorang editor perjalanan daripada portal Independent, soalan pengakuan pengganas tersebut adalah langsung tidak berguna.

Katanya, tiada siapa yang terlibat dengan aktiviti keganasan akan mengaku dan tandakan ‘Ya’ dengan sengaja dan sukarela.

sumber: bbc

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek