Ini kali pertama dalam masa 2 tahun, Apple mendahului Samsung dalam jualan telefon pintar.

Menurut Gartner, sebuah firma mengkaji pasaran, Samsung memegang 17.8 peratus bahagian pasaran dengan jualan 76.8 juta telefon pintar, Apple pula 17.9 peratus, menjual 77 juta iPhone.

Suku ke-4 biasanya memang menjadi sasaran jualan yang lebih tinggi kerana ada jualan musim cuti untuk iPhone generasi baru yang dikeluarkan setiap bulan September.

Jualan Samsung pula banyak terkesan daripada penarikan salah satu semula model perdana mereka, Note 7. Jualan model tersebut sahaja boleh menyumbang kepada 10 hingga 15 peratus daripada jualan Samsung.

Huawei pula menduduki tempat ke-3 dengan pegangan pasaran 9.5 peratus, diikuti tempat ke-4 Oppo (6.2 peratus) dan ke-5 BBK (5.6 peratus).

Sumber : computerworld

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By Husnil Khatimi

Minat sendiri. Byting Bytes Bit By Bit.