Lonjakan pengguna panggilan video, live streaming dan mesej video dikalangan kanak-kanak sangat merisaukan. Ia membuka ruang besar untuk kanak-kanak ini didera secara mental dan dilayan dengan cara yang salah. Menurut NSPCC, pemangsa boleh merakam video dan mengugut mangsa melakukan perkara yang tidak bermoral.

NSPCC ialah singkatan kepada National Society for the Prevention of Cruelty to Children: Persatuan Pencegahan Kekejaman terhadap Kanak-Kanak Kebangsaan di UK.

Bancian kepada 40,000 kanak-kanak dari umur 7-16 tahun mendapati, suku dari jumlah tersebut iaitu kira-kira 10,000 menggunakan perkhidmatan video yang disebutkan. Daripada pengguna perbualan video pula, 10 peratus kanak-kanak pernah diminta oleh pemangsa untuk menanggalkan pakaian mereka. Sangat menakutkan.

Seorang kanak-kanak lelaki, ‘Ben’, cuba membunuh diri kerana diugut supaya memberi gambar lucah kepada 6 lelaki. Dia diperdaya kononnya sedang berbual dengan kawan ‘perempuan’ yang rupa-rupanya lelaki. Pemangsa tersebut mengugut untuk membunuh ibu bapa Ben jika tidak menghantar gambar diminta dan membuat perlakuan tidak bermoral melalui video.

Banyak lagi kes lain melibatkan kanak-kanak lelaki dan perempuan diugut yang permulaannya ialah melalui panggilan dan perbualan video. Mulanya diperdaya untuk menghantar gambar dan video ‘ringan’ yang akhirnya digunakan untuk ugutan meminta lebih dari itu.

JomGeek sarankan ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan juga sentiasa peka memantau kanak-kanak atau rakan mereka jika terlibat dengan perlakuan ini terutamanya dengan orang yang baru dikenali di atas talian. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua lapisan masyarakat.

sumber artikel penuh dan contoh kes lain di: bbc
artikel berkaitan dar utusan malaysia.

Artikel lain berkaitan Jenayah

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek