Tesla untuk pertama kali mencatat keuntungan selepas 10 tahun berturut-turut mengalami kerugian.

Semalam, tesla telah mengumumkan keuntungan USD311.5 juta atau USD1.75 sesaham berbanding kerugian USD619 juta tahun sebelumnya. Saham Tesla naik 9.14% semalam kerana berita yang mengejut (earning surprise, beating analyst expectation),

Elon Musk memang seorang yang kontroversi. Dalam taklimat bersama penganalisis Q1 2018, dalam sesi soal jawab, apabila seorang analyst Sanford C. Bernstein & Co, Antonio Sacconaghi bertanyakan tentang future capital requirement . Dengan selambanya dia jawab, “Excuse me. Next. Boring bonehead questions are not cool.

RBC Capital Markets analyst, Joseph Spak bertanyakan tentang berapa banyak tempahan model 3 tesla, sekali lagi Elon Musk hentam, “These questions are so dry. They’re killing me.

Elon Musk juga membuat kenyataan kontroversi yang dia akan delisted-kan Tesla (take it private) dan perbincangan untuk perkara itu dibuat dengan Sovereign Wealth Fund dari Arab Saudi pada harga USD420 sesaham. Akibatnya, SEC menuduh Elon Musk melakukan securities fraud kerana perkara ini tidak jadi seolah-olah inducing pelabur utk membeli saham tesla. Akibatnya, beliau telah meletak jawatan chairman Tesla dan membayar denda USD20 juta kerana perkara ini.

Ditambah pula, dia menghisap ganja ketika dalam live interview di mana ia dianggap sebagai suatu contoh yang tidak bermoral Top executive berbuat demikian.

Sekarang ini, Lembaga pengarah berada dalam dilema samada mereka boleh mewakili kepentingan pemegang saham untuk mengawal ikonik CEO seperti Elon Musk.

Elon Musk adalah jenis CEO yang tak berapa nak kisah performance of the company. Dia hanya follow his passion, space-x, Tesla etc.

Sama seperti Steve Job, yang dipecat dari Apple suatu ketika dahulu sebab tak memenuhi aspirasi pemegang saham.

Jack Ma pernah sebut, keutamaan dia ketika memimpin Ali Baba, yang pertama adalah Pelanggan Alibaba, kedua Pekerja Alibaba dan yang ketiga barulah Pemegang Saham. Menurut Jack Ma, kalau pelanggan happy, pekerja happy, eventually it will deliver value to shareholder.

Pasaran Modal (capital market) yang mewakili golongan kapitalis yandg kadang-kadang hanya melihat dari kaca mata, what’s in for me attitude, eventually will talk about profit and dividend. Akibatnya, it will hinder entrepreneurship spirit and innovation of the business.

Sebab itu, tekanan pelabur terhadap Elon Musk, dia tak amik pusing, selamba je dia belasah analyst dan selama 10 tahun berturut-turut Tesla langsung tidak menjana sebarang keuntungan. Bayangkanlah kalau bukan kerana steve job passion utk mencipta iPhone, sudah tentu landscape industri masih dengan Nokia.

Kredit artikel asal: ZaYed Zulfikli

Carta Live untuk harga saham Tesla.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek