Amaran kepada semua pemilik konsol PS4. Kini sedang disebarkan mesej jahat yang mampu rosakkan PS4 anda dan memaksa anda buat ‘factory reset‘ untuk dipulihkan. Hampir sama seperti mesej yang mampu ‘hang’-kan WhatsApp dan Telegram anda sebelum ini, cuma kerosakan untuk PS4 ini lebih serius.

Contoh mesej yang sempat dirakamkan melalui aplikasi PS Messages

Jika anda terima mesej tersebut semasa konsol PS4 sedang beroperasi, ia akan terus ‘soft brick‘ dan ‘hang‘. Anda tidak perlu buka, hanya muncul di ‘Notificationsudah cukup untuk merosakkan PS4 anda.

Jika anda terima mesej tersebut ketika PS4 tidak beroperasi, segera buang mesej itu melalui aplikasi PlayStation Messages.

Tindakan Segera ubah ketetapan mesej kepada Friends Only atau No One

  • Di konsol, masuk ke Settings > Account Management > Privacy Settings > (kata laluan) > Personal Info | Messaging
  • Di aplikasi telefon pintar, Privacy Settings > Personal Info | Messaging > (kata laluan) > Messages

Kongsikan segera kepada rakan-rakan anda yang memiliki PS4.

Muat-turun aplikasi Playstation Messages untuk Android dan iOS.

#Kemaskini: Menurut Sony, update-patch sudah dikeluarkan untuk atasi pepijat berpunca daripada mesej. Sila muat-turun kemaskini melalui PlayStation 4 segera.

Kemaskini konsol anda – PlayStation 4 – Kemaskini Dan Cara Pemasangan Baru

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek