PHP ialah salah satu bahasa pengaturcaraan paling popular untuk membina laman web. Sistem pengurusan kandungan seperti WordPress dan Joomla juga gunakan PHP, termasuk web JomGeek.my ini.

Berdasarkan statistik daripada W3Techs, sekitar 78.9 peratus daripada semua laman web di internet ialah berasaskan PHP. Dan daripada jumlah tersebut, 61.9 peratus laman web gunakan kumpulan PHP versi 5.x.

Berikut ialah pecahan pengguna versi 5.x, 41.3 peratus ialah versi 5.6.

  • Versi 5.6 : 41.3%
  • Versi 5.4 : 20.0%
  • Versi 5.3 : 17.3%
  • Versi 5.5 :14.2%
  • Versi 5.2 : 6.8%
  • Versi 5.1 : 0.4%
  • Versi 5.0 : kurang dari 0.1%
  • Versi 5.7 : kurang dari 0.1%

 

Tahukan anda PHP versi rendah daripada 5.6 sudah tidak disokong dan tidak dikemaskini lagi oleh pembangunnya? Versi 5.6 pula akan tamat sokongan kemaskini sekuritinya pada hujung tahun ini, iaitu pada 31 Disember 2018, kurang daripada 10 minggu.

Jadual sokongan mengikut versi PHP

Jika statistik di atas tidak berubah, ini bermakna, bermula Januari 2019, 61.9% daripada laman web yang ada di internet, menggunakan versi PHP yang tiada sokongan kemaskini sekuriti. Jika penggodam temui kerentanan atau pepijat, laman web tersebut sangat berisiko dan terdedah kepada serangan.

Salah satu penyumbang besar kepada statistik di atas ialah laman web yang menggunakan WordPress. Sehingga kini WordPress masih menyokong PHP versi lama, sehingga PHP versi 5.2 pun masih diterima. Dijangka untuk kemaskini besar WordPress akan datang (WordPress 5) perkara ini mungkin akan diperbaiki dengan mengurangkan atau membuang sokongan kepada PHP versi 5.

Kerana pengguna yang tersangat ramai, jadi memaksa pengguna berubah ke versi PHP yang lebih baru, bakal mengundang masalah besar. Pemilik pelayan hosting akan kecoh dipenuhi dengan mesej dan panggilan kerana laman web bermasalah.

Pemilik laman web dan pelayan hosting sangat disarankan untuk meninggalkan PHP versi 5.6 dan beralih ke versi 7.x. Jika anda pemilik laman web atau pembangun yang menggunakan PHP, pastikan kod anda menyokong PHP 7.x

Penggunaan memori pelayan, rendah lebih bagus.

Selain mendapat sokongan sekuriti dan function baru dalam kod PHP, versi PHP 7.x juga memberi penambah-baikan ketara dari segi prestasi. Kod dan laman web anda akan lebih laju beroperasi, pelayan hosting juga lebih lancar.

Permintaan per saat yang boleh dilayan, tinggi lebih bagus.

Rujukan:

  • Statistik W3Techs: sini.
  • Jadual versi PHP yang masih disokong (supported): sini.
  • Versi PHP yang sudah tamat sokongan (EOL, End of Life): sini.

Sudahkah anda beralih ke PHP 7? Adakah kod atau laman web anda bersedia untuk PHP 7?

 

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek